BAB 11
Terkocoh-kocoh
Ifftiyah membuka pintu kaca pejabat. Dari muka pintu itu dia terdengar suara
nyaring Izz Harraz memarahi seseorang. Ya Allah apa hal pula mamat seorang tu
pagi-pagi buta dah buat hal.
Dia
jeling kearah jam dinding office. Pukul 10 pagi. Wah! Pasti dia yang akan
terkena tempias nanti.
Sampai
di meja kerjanya, dia tercungap-cungap. Ini semua gara-gara tidur lewat
semalam. Bahananya pagi ini dia kesiangan. Nasib baik, dia masih bercuti, kalau
tidak relai subuhnya pagi tadi.
Baru
saja dia menghenyak punggung ke kerusi kedengaran suara menegurnya. Dia
berpusing apabila melihat Alina menegurnya.
“Hah
baru sampai?” soal Alina. Gadis kecil molek itu menegurnya sambil bertenggek
dimeja kerjanya.
“Mmm..”
itu saja yang mampu dia ulas. Memang dia lewat pun takkan nak menegak benang
basah pula.
Kau dari mana?”soal Ifftiyah. Komputer dibuka.
“Bilik boss,” balasnya. Bibirnya
dijuih ke bilik Izz Harraz.
“Aku dengar bising-bising tadi.
Kenapa?”
“Entah. Datang bulan kot. Dari pagi
tadi lagi mood boss tak baik. Agaknya bergaduh makwe dia kot,” balas
Alina.Ifftiyah pandang Alina.
“Makwe? Siapa makwe dia?” soal
Ifftiyah. Singa jantan ada makwe ke? Desisnya. Wajah rakan sekerjanya direnung.
“Alah…takkan kau tak tahu. Model
terkenal tu. Apa nama dia…err… Loly..eh bukan hish time-time ni pula aku boleh
lupa padahal hari-hari aku tengok muka dia kat majalah. Kejap aku amik,” dia
tarik laci meja. Di keluarkan majalah Glem.
Iffitiyah diam.
Iffitiyah diam.
“Hah ni dia.. Netty.. boleh pula
aku lupa nama dia. Cuba kau tengok jelita sungguh dia ni. Kalaulah aku jadi
macam dia bahagia hidup aku. Cantik, jelita, lepas tu dapat pula pakwe handsome
yang kaya macam boss tu,”
Ifftiyah rasa terpanggang. Cepat
saja majalah Glam itu dicapai. Diteliti gambar yang dikatakan kekasih suaminya.
Cantik! Dia mengakui wanita yang bernama Netty itu begitu jelita. Jauh lebih
cantik daripadanya. Nama pun model terkenal.
“Tak cantik mana pun. Mata kau tu
rabun ke apa? Kalau aku atau kau bermake-up kita pun boleh jadi cantik macam
ni,”
“Tak
cantik mana pun. Mata kau tu rabun ke apa? Kalau aku atau kau bermake-up kita
pun boleh jadi cantik macam ni,” balas Ifftiyah.
“Cuba
kau tengok betul-betul. Cantik apa kau ni memang tak reti nak tengok oranglah.
Kalau banding kau dengan aku memang jauh sangatlah. Kalau kau cantik pasti boss
tu dah lama berkenan kat kau tapi aku nampak boss tak pandang pun kau,” ujarnya
selamba.
Berubah
wajah Ifftiyah. Amboi..amboiii time nak mengenakan orang langsung tak beringat. Nasib baiklah dia kenal rapat dengan Alina tak
adalah terasa sangat bila temannya itu mengutuk.
Belum sempat dia menjawab, suara
bapak lelaki menyergah dia dari belakang. Patutlah Alina terkocoh-kocoh lari ke
mejanya.
“Dah tak ada kerja? Mengumpat saja
kerjanya,” Iffitiyah tersengih. Wajah Izz Harraz direnung penuh berani. Takut
apa dia dengan singa jantan ni. Silap-silap singa boleh mengiau macam kucing
betina.
“Masuk bilik,” arah Izz Harraz.
“Bilik mana? Bilik Encik Harraz ke
bilik tidur?” soal Iffitiyah. Alina yang duduk tidak jauh dari mejanya sudah
terlopong. Mak aiiii!! Minah senget ni berani sungguh menggoda bigboss.
“Kalau saya suruh masuk bilik tidur
berani ke? Jangan cakap saja besar tapi bila disuruh kecut perut. Macam-macam
alasan diberi,” sinis saja kata-kata itu dipendengaran Iffitiyah. Dia nampak mulut
Alina ternganga.
“Jangan nak sindir oranglah,” dia
bangun.
“Nak ke mana?” soal Izz Harraz.
“Tadi suruh masuk bilik. Nak
masuklah ni. Takkan nak masuk bilik tidur pula,” menonong saja dia melangkah
masuk ke bilik office Izz Harraz.
“Alina kalau ada call tolong ambil
pesanan,” Alina angguk. Matanya dihalakan kearah bilik Izz Harraz. Dia nampak
Ifftiyah tidak teragak-agak masuk. Apa yang ada dalam benak si teman dia pun
tak tahu. Berani betul dengan boss besar!
“Err.. Encik Izz..” panggilnya.
“Ya,” Izz Harraz tidak jadi
melangkah.
“Err..err..” hish mulut ni, time
nilah dia nak jadi gagap.
“Tak ada apa-apalah,” akhirnya dia
bersuara. Biarlah Ifftiyah selesaikan sendiri masalah dia. Tak perlulah dia
masuk campur, karang lain pula jadinya.
“Kenapa? Cakaplah, saya tak marah,”
jawab Izz Harraz. Dia dapat merasakan
Alina ada sesuatu yang mahu disampaikan kepadanya.
“Tolong jangan marah Iffi erk. Saya
tahu tadi dia melampau sikit.Melawan
cakap Encik Izz. Tapi saya tahu dia tidak bermaksud macam tu. Saya rasa dia masih tidak sihat sebab tulah
dia cakap ikut suka mulut dia saja.
“Ohhh..” Izz Harraz mahu tergelak.
“Bukan dia MC lagi ke hari ni?”
saja dia menyoal teman si isteri.
“A’ah. Sepatutnya dia MC hari ni
dengan esok tapi tak sangka pula saya, dia boleh datang kerja hari ni,” Izz Harraz tersengih. Malas mahu membalasnya.
“Mmm.. saya masuk dulu. Ingat pesan
saya ada call ambil pesanan. Saya tunggu panggilan daripada Mr Ikmal.Alina
angguk. Dia kenal Ikmal yang dikatakan itu. Teman rapat Izz Harraz selain sepupu
boss, Hakimi.
“Thanks,” bergegas dia melangkah ke
bilik officenya. Dari jauh dia nampak Iffitiyah termenung. Cantik sangatlah tu
menongkat dagu macam tu. Dah nampak macam bini mati laki, desisnya.
“Mmm…” dia berdehem. Pekak ke apa
minahnya. Dia lihat si isteri larut dalam menungan. Bahu si isteri ditepuk
kuat.
“Boleh tak kalau tak buat orang
terkejut?” marah Iffitiyah. Dadanya diurut perlahan. Terasa seperti mahu luruh
jantungnya apabila terasa bahunya ditepuk. Kurang asam jawa, desisnya apabila melihat
Harraz tersengih-sengih.
“Fikir apa?” soal Izz Harraz. Dia
pandang Iffiiyah yang masih lagi larut dengan menungannya. Kerusi disebelah
Ifftiyah ditarik.
“Member sayang susah hati kat luar
tu,” beritahunya.
“Siapa?” soalnya. Badannya di
alihkan agar tidak bersentuhan dengan tubuh Izz Harraz. Bukan dia tak mendengar
panggilan sayang itu tetapi malas mahu menyesakkan kepala otaknya. Kalau dia
larang pun belum tentu lelaki itu mahu mendengarnya.
“Alina. Siap dia berpesan supaya abang
tidak marahkan sayang. Nampak sungguh dia risaukan isteri abang ni,” beritahu
Izz Harraz. Wajah Iffitiyah direnung.
“Fikirkan apa tadi?” soalnya. Pen
ditangan Iffitiyah dicapai. Sejak tadi dia melihat isterinya itu memusing pen
berkenaan. Pening kepalanya.
“Saya kena buat apa ni?” dia
menyoal. Kedengaran batuk-batuk halus. Sejak malam semalam batuknya tidak
berkurang. Bukan itu dia datang siap dengan pakej selesema. Hidung
tersumbat dan sukar bernafas dan membuatkan tidurnya terganggu.
“Tak perlu buat kerja. Rehat saja
kat sini,” beritahunya. Iffitiyah mengeluh. Datang pejabat tetapi tak buat
kerja. Ada ke pekerja yang dapat keistimewaan seperti dirinya. Soalnya sendiri.
Rasanya dialah orang pertama dapat kes seperti ini.
“Takkan saya duduk saja?”
“Mm…”
“Satu hari?” soalnya lagi. Takkan
dia sanggup duduk tak buat kerja satu hari. Baru 10 minit dia berada dalam bilik
Izz Harraz dia dah jadi serba tidak kena, ini kan pula sampai tamat waktu
pejabat. Mahu mati kutu dibuatnya.
Dia pandang jam ditangannya. Baru
pukul 11 pagi okey! Macamana dia mahu habiskan seharian dalam bilik itu,
bersama suaminya.
“A’ah. Memang abang suruh datang
office untuk sayang duduk-duduk. Tengok abang buat kerja dan abang pun boleh
tengok sayang,” Izz Harraz berkata. Siap dengan sengihan lebarnya lagi.
Hampeh! Desis Ifftiyah. Dia tongkak
dagu. Apa yang perlu dibuat ye? Ifftiyah berkira-kira mahu mencapai akhbar atas
sofa. Baca paper pun okey juga. Habis tu takkan nak baca paper sampai petang?
Soalnya lebih kepada diri sendiri.
“Semalam lena tak?” soal Izz
Harraz. Apabila melihat keadaan
isterinya itu hatinya menjadi tidak keruan. Ifftiyah geleng. Mahu tidur apanya
kalau baru saja nak lelap si mamat sengal depannya membuat panggilan.
“Batuk. Hidung tersumbat. Susah nak
bernafas,” katanya. Dia bangun mengambil kotak tisu atas kabinet fail. Ditarik
beberapa helai tisu.
“Tak makan ubat ke?” soalnya.
“Mahu tak makan. Dah nak habis
sebotol ubat batuk saya telan,” balas Ifftiyah. Penat betul dia, menelan ubat
berbotol tetapi sampai sekarang batuknya tidak berkurang, malah dirasakan makin
teruk.
“Nasib baik tak telan dengan
botol-botol kalau tak naya saja isteri abang ni,”gurau Izz Harraz. Dia ketawa.
Ifftiyah mendengus. Gurauan tu boleh tahan juga kasar tapi seperti biasa lelaki
itu buat muka sardin.
“Nampak ni?” Ifftiyah tunjuk
penumbuk.
“Garangnya isteri abang. Meh sini
abang tolong picitkan,” balas Izz Harraz. Bukan dia tak nampak wajah garang
isterinya tapi itulah dia memang suka membuatkan Ifftiyah naik angin. Bila
Ifftiyah marah dia rasakan mata isterinya bersinar-sinar.
Mata Ifftiyah sudah bulat. Apa kena
mamat sengal ni, tak takut ke tiba-tiba ada orang menerjah masuk ke bilik
officenya.
“Terima kasih. Buat masa ini
khidmat Encik Izz tidak diperlukan,” selamba Ifftiyah berkata. Akhbar dicapai.
Dibelek dua tiga muka surat dia letak balik. Huh tak ada berita yang menarik
perhatiannya.
Kes bunuh, ragut, rogol banyaklah. Nampaknya Malaysia sudah tak berapa
nak aman. Desisnya. Dia bangun menuju ke sofa. Hajatnya mahu berbaring di sofa
panjang itu barang sejam dua.
Baru saja mahu mahu lena, dia terdengar suara orang bersembang.
Mula-mula perlahan dan akhirnya perbualan itu menjadi semakin rancak. Ish baru
saja nak tidur ada pula yang menganggu. Dia bangkit dari sofa. Dia menguap. Tudung bawal dipakai dibetulkan.
Dah senget benget jadinya.
“Sorry abang ganggu tidur Iffti,”
ujar Hakimi. Dia pandang Ifftiyah. Tak sangka
pula perbualan mereka boleh mengganggu lena Ifftiyah.
“It’s okey. Abang sembanglah. Iffti
nak lelap kejap,” dia berkata. Ifftiyah kembali merebahkan badannya. Lantaklah Hakimi
ada dalam bilik office itu pun, ada dia kisah. Yang dia kisah sekarang, kepala
dan matanya makin memberat.
Amboi siap berabang! Izz Harraz
sudah menayang muka bengangnya. Bahu sepupunya itu ditepuk kuat. Biasa ni! Dengan
bini orang pun ada hati lagi.
“Kau ni dah kenapa?” soal Hakimi.
“Kaulah..” marah Izz Harraz. Pen di
tangannya dipusing-pusing.
“Apa pulak aku,”
“Bini aku tu…” akhirnya dia tidak
sanggup lagi berdiam diri. Bukannya Hakimi faham apa yang dia tidak berpuas
hati.
“Aku tahulah bini kau. So?” Hakimi
sudah dapat menangkap apa yang dibengangkan sepupunya tadi. Teruk betul! Dengan
dia pun Izz Harraz boleh cemburu. Takkanlah dia mahu ngap bini sepupu sendiri.
Ada akai ker?
“Apa masalah kau sekarang ni?” soal
Hakimi.
“Masalah aku adalah kau,” selamba
dia berkata. Memang pun, Ifftiyah kalau dengan Hakimi senyum manis.
“Apa pulak aku. Apa aku dah buat?”
soal Hakimi lagi. Tak pasal-pasal dia pula yang terkena. Sekarang ni Izz Harraz kerap naik angin. Pantang silap
sikit mulalah angin kus-kus dia menjelma. Salah sikit muncul angin puting
beliung.
“Kaulah..”
“Aik tak habis lagi kaulah? Tak
faham betul aku. Cuba kau cerita pada aku, apa salah aku sekarang ni,” naik
angin juga dia dengan sikap Izz Harraz. Sejak tadi kau lah..kau lah.. entahlah
dia pun tak faham.
“Tu bini aku,” kata Izz Harraz.
“Aku tahulah bini kau. Takkan aku
tak tahu kau dah berkahwin,” dia membalas.
“Tahu pun kau,”
“Ya Allah memanglah aku tahu. Teruk
sangatlah aku kalau kau kahwin aku tak tahu. Nama pun kita sepupu. Bukan
setakat sepupu tapi lebih daripada tu. Kita membesar bersama, berkawan sejak
kecil dan sekarang aku kerja dengan kau,”
Izz Harraz geleng kepala. Kenapa
susah sangat dia mahu menerangkan kepada Hakimi apa yang dia geramkan sejak
tadi ataupun sepupunya itu faham tetapi buat-buat tidak faham sebab mahu
mengenakan dirinya.
“Yang kau lebih-lebih sangat dengan
bini aku tu kenapa? Dah tak ada perempuan lain kau nak bermesra,” soal Izz
Harraz. Doa
“Oohh..itu saja? Aku ingatkan
apalah tadi,” Hakimi bersuara. Wajah sepupunya direnung. Izz Harraz memang dah
kornik sangat. Dengan dia pun boleh cemburu sampai begitu sekali.
Ketawanya bergema.
Kelakar..kelakar, beberapa kali dia menggeleng kepalanya.
“Yang kau mengilai macam kuntilanak
ni apahal? Nak kena hempuk ke?” soalnya
keras. Orang tengah bengang budak ni macam-macam pulak. Ada jugak nanti jadi
penghuni hospital, dengusnya.
“Kau ni dah nazak kau tahu tak?” kata
Hakimi usai gelaknya. Makin hari perangai Izz Harraz makin teruk. Cemburu!
Kalau dengan orang lain bolehlah nak cemburu ni dengan dia pun tak
beragak-agak.
Izz Harraz diam.
“Bini kau tu tak sihat kenapa suruh datang
office?” soalnya. Mata dihalakan kepada
Ifftiyah yang nyenyak tidur di atas sofa. Siap berdengur lagi. Mata Izz Harraz
turut memandang kearah Ifftiyah.
“Aku tak suruh dia buat kerja.
Temankan aku kat sini saja. Sekali-sekala nak bermanja dengan bini, takkan
salah kot,” balas Izz Harraz. Dia menghampiri isterinya. Mahu dikejutkan
isterinya terasa kasihan pula. Akhirnya dia duduk semula.
“Kau ni mengada-ngada betul, nak berteman pulak. Selama ini okey saja aku
tengok. Dulu bukan main lagi marahkan Iffti sekarang ni lain pula. Nasib
baiklah akal kau panjang sikit dulu kalau tak aku rasa ada yang menangis tak
berlagu sekarang ni,” perli Hakimi.
Dia masih ingat cerita dulu. Cerita
beberapa bulan lalu selepas sepupunya itu berkahwin dengan Ifftiyah. Izz Harraz
tersengih.
“Weh cerita lama jangan diungkit
bahaya,” dia jeling kearah Iffitiyah yang sedang lena itu. Bimbang kalau
Iffitiyah terjaga dan mendengar perbualan mereka. Naya dia nanti. Selama ini
tiada siapa yang tahu kisah itu kecuali dia dan Hakimi. Itu pun kerana Hakimi
yang menemani dia ke Brisbane dulu.
“Tahu pulak takut. Time kau buat
dulu tak fikir panjang. Nasib baik dia tak tahu kisah tu. Kalau tak kau dah
lama mati beragam. Nak saja aku padankan
muka kau,” Izz Harraz tersengih. Cepat saja tangannya mencapai topi dan dibaling
kepada sepupunya.
“Aku keluar dulu. Ingat esok kau
ada temu janji dengan Datuk Alias jangan
tak datang pula. Jenuh aku nak berjawab dengan orang tua tu. Dahlah nak buat
temu janji dengan dia sikit punya susah.
Aku ambil topi ni,” beritahu Hakimi. Topi itu selamat diletakkan atas
kepalanya.
Sudah dua hari dia membuat kerja lamanya
kerana Ifftiyah bercuti sakit. Sejak Ifftiyah menjadi setiausaha sepupunya itu
tugas-tugasnya sudah ringan hampir separuh. Semua kerja berkaitan Izz Harraz
termasuk kehidupan sepupunya itu diuruskan oleh Ifftiyah.
“Iyalah..iyalah aku ingat. Kau ni
macam mak nenek saja. Blahlah weh, ganggu aku nak berdua-duan dengan bini aku,”
dia halau Hakimi.
Agak-agak apa yang akan terjadi seterusmya? Teka jangan tak teka. Tungguuuuuu!
aduhai terlebih kronik la harraz ini....kesian bini dia ye...
ReplyDeletemiss writerrr tolonglah sambung x sabar nak tahu....ape jadinye selepas ini??
ReplyDeletein shaa allah, tunggu ya :)
Delete